fbpx

Tular Video Menangis Digari, Sajat Ditahan?

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan usahawan kosmetik popular, Sajat Kamaruzzaman dipercayai telah digari tanpa diketahui sebab yang sebenar.

Menerusi video tersebut, Sajat dipercayai sedang melakukan Instagram ‘Live’ dalam keadaan menangis teresak-esak dengan tangan bergari.

BACA: Mahu Berlakon Semula, Sajat Nak Bawa Watak Komedi

Video tersebut sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen yang mencari punca sebenar mengapa usahawan sensasi itu digari. Namun, setakat ini masih tidak dapat dipastikan kesahihan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, di ruangan komen video tersebut rata-rata netizen tidak bersimpati dengan apa yang berlaku sebaliknya menyindir usahawan tersebut dengan sebagai sebagai ‘lelaki’ kena kuat dan tidak boleh menangis.

Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati posting terakhir Sajat di Instagram adalah pada 2 hari lalu, manakala di Insta Story adalah 23 jam yang lalu.