Pernah berlakon menerusi filem berjudul Ophilia yang turut menampilkan Pekin Ibrahim dan Que Haidar pada 2014, usahawan kosmetik Nur Sajat menyuarakan hasratnya untuk kembali dalam dunia lakonan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menurut Sajat, dia merasakan ini masa yang sesuai untuk kembali berlakon selepas enam tahun. Kata Sajat jika diberi peluang dia mahu membawa watak komedi pula.
BACA: Netizen Ucap Selamat Hari Lelaki Sedunia Kepada Sajat
“Mungkin ramai yang tak tahu sebelum ini saya pernah terbabit filem Ophilia. Pengalaman tersebut antara kenangan manis, cuma ketika itu saya sibuk dengan komitmen lain termasuk perniagaan yang baru saja berjalan.
“Jadi selepas lebih enam tahun rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kembali ke lokasi penggambaran. Kalau boleh mungkin selepas ini nak cuba watak komedi pula.
“Tak mahulah terlalu memilih pula. Yang penting kalau ada tawaran yang sesuai, sudah pasti saya akan lakukan yang terbaik. Saiapa tahu boleh meletop nanti kan?” katanya.
Mengulas mengenai cawangan kedai emasnya, Nursajat Gold di Shah alam yang telah dipindahkan ke Dataran Sunway, Petaling Jaya Selangor, Sajat berkata sambutan yang diterima masih baik.