fbpx

Tular Foto Panas Mirip Dirinya, Ini Respon Sufian Suhaimi

Belum reda lagi orang ramai memperkatakan tentang persembahannya di AJL33, timbul pula cerita panas lain mengenai penyanyi Sufian Suhaimi apabila tular foto lelaki mirip dirinya tidur bersama seorang wanita di media sosial sejak semalam.

Tidak mudah melatah dengan gosip tersebut, Sufian mengatakan dia tidak pasti tentang perkara itu dan jelasnya ramai mereka di luar sana yang mempunyai wajah seiras dengannya.

BACA: “Terima Kasih Elfira Doakan Yang Baik Baik”

“Saya tak tahulah kerana ada banyak muka Sufian Suhaimi dekat Malaysia ni. Sebelum ini, ada pengawal keselamatan, macam-macamlah… Saya pun tak pasti dengan gambar itu.

“Mungkin itu adalah salah satu attack. Isu itu saya rasa tak perlu diperbesarkan. I think it is just another troll, by the netizen.

“Saya tak suka bila statement itu disalahgunakan atau pun diputarbelit, jadi saya rasa biarlah benda tu terhenti di situ saja,” katanya seperti dipetik daripada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Sufian mengatakan perkara itu bukan isu besar baginya. Ujarnya lagi, banyak gambarnya di internet yang boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.