fbpx

“Tolong Maafkan Saya & Jangan Fitnah Saya”

Selepas dua buah video tersebar di internet, Fathia Latiff akhirnya bersuara memberikan kenyataan terhadap kontroversi yang melanda dirinya dalam tempoh 48 jam ini.

Video kedua dirakam peminat menerusi aplikasi BIGO Live ada menunjukkan yang wanita dalam video itu mengakui yang dirinya sebagai Fathia Latiff sebelum rakannnya Natasha Elyzza terus beremosi memarahi peminat.

BACA: Fathia Latiff Mengaku Dirinya Dalam Video

“Saya pakai tudung kerana Tuhan dan saya buat semua ini pun kerana Tuhan. Saya sebagai seorang ikon, menjadi satu tanggungjawab besar untuk menjadi ikutan orang”

“Tolong maafkan saya dan tolong jangan fitnah saya lagi, saya masih belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik,” ujar Fathia Latiff.

Dalam sesi live di Instagram yang berlangsung kurang 10 minit itu, Fathia Latiff pada awalnya bertanya kepada peminat sama ada mereka betul betul percaya itu dirinya dalam video yang tersebar.

“Have you seen the videos — do you guys really think it’s me? Really?” ujar pelakon itu membuka bicara.

Namun pelakon itu tidak menafikan atau mengiyakan status wanita dalam video itu sebagai dirinya. (rtky/m)