fbpx

Fathia Latiff Mengaku Dirinya Dalam Video

Jika sebelum ini pelakon baru Natasha Elyzza yang turut terlibat sama dalam video Bigo Live yang kini tersebar di laman sosial menafikan bahawa wanita dalam video terbabit bukan Fathia Latiff, kini segalanya berubah apabila Fathia sendiri mengaku dirinya berada dalam video kedua yang turut tersebar.

BACA: “Wanita Dalam Video Itu Bukan Fathia Latiff”

Melalui video kedua yang tersebar tersebut, Fathia kelihatan hanya berkemban. Pada mulanya, Natasha bagaikan cuba melindungi Fathia yang tiba-tiba muncul dalam keadaan berkemban tersebut. Menyedari dirinya berada di dalam video, Fathia kemudiannya keluar daripada rakaman.

Namun tidak lama kemudian, mungkin setelah didesak penonton aplikasi itu, Fathia kemudian bersuara – “mengaku je lah. Ha, Fathia”. Namun Natasha kemudiannya bagaikan berang dan bertanyakan kembali soalan kepada penonton.

Namun tidak diketahui sama ada adakah Fathia yang muncul dalam video pertama sebab Natasha kata bukan Fathia. Mungkin juga Fathia datang selepas video pertama tamat, boleh jadi juga’kan?

Apa pun, sebagai seorang selebriti yang sebenarya menjadi perhatian masyarakat dan kehidupan selalu diperhatikan, adalah baiknya untuk menjaga setiap tingkah laku. Tapi sebagai manusia, kesilapan tetap terjadi dan sepatutnya apa yang berlaku jadikanlah pengajaran. (rtky/s)