fbpx

TMJ Beri Kata Semangat Buat Ebit Lew

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat buat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Difahmakan, Tunku Ismail memberi respons berkenaan susulan Ebit mengucapkan terima kasih di atas khabar pemergiaan bapa pendakwah itu yang meninggal dunia, Selasa lalu.

BACA: Beri Teguran Isu Gaza, Caprice Kena Block Dengan Ebit Lew?

“Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat ustaz,” tulis Tunku Ismail.

Sebelum ini, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar berserta emoji jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya

Kata-kata semangat Tunku Ismail itu dikatakan mempunyai kaitan mengenai kontroversi hangat diperkatakan mengenai penyanyi rap Caprice memepersoalkan tingkah laku Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

Semalam, Caprice mendakwa sudah menghantar mesej secara peribadi kepada Ebit namun tidak dibalas, malah akaun Instagramnya turut disekat.