fbpx

Tiz Zaqyah Dikecam Kerana Peluk Roberto Carlos

Baru baru ini pelakon Tiz Zaqyah ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan dirinya berpelukan dengan legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos namun tindakan beliau itu mengundang rasa kurang senang peminat.

Tiz Zaqyah bagaimanapun telah mematikan fungsi komen pada akaun Instagraam beliau dan Roberto Carlos menjadi mangsa untuk para peminat meluahkan rasa tidak puas hati dengan gambar tersebut.

BACA: Tiz Zaqyah Mahu Elak Bercinta Suami Orang

Rata rata peminat tidak menyalahkan Roberto Carlos secara langsung tetapi lebih kepada tindakan Tiz Zaqyah yang dianggap kurang manis untuk seorang gadis Melayu dan beragama Islam.

Roberto berada di Kuala Lumpur sejak tiga hari lalu kerana pelantikannya sebagai duta global syarikat penerbangan Air Asia. (rtky/m)