Masih sendirian selepas hubungan cinta berakhir setahun lalu, Tiz Zaqyah mengakui dirinya gembira dengan statusnya kini kerana tidak perlu pening kepala memikirkan soal cinta. Pun begitu Tiz tidak menolak andai jodoh datang, namun harapannya bukanlah jejaka berstatus suami orang.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana tidak pening kepala dan asyik bergaduh. Buat masa ini kita buat sahaja apa kita suka. Saya percaya kalau ada jodoh itu, tapi kalau boleh biarlah yang belum pernah berkahwin”


“Dulu memang rasa seronok berkongsi apa sahaja di laman sosial, tapi sekarang saya jarang berkongsi terutama hal peribadi,” jelasnya kepada portal Malaysian Digest mengenai gosip percintaan dengan seorang duda.

Menurut Tiz, kegagalan cinta sebelum ini banyak mengajarkanya untuk bersikap matang dan tidak terlalu terbuka berbicara soal cinta di media sosial. Patutlah kalau dilihat akaun media sosial Tiz juga tidaj banyak menunjukkan sisi peribadi beliau. Mungkin itu terbaik buat dirinya. (rtky/w)