Baru semalam ramai bergembira dengan berita perkahwinan Hans Isaac dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson. Namun hari ini menerusi Twitter, seorang individu bernama Robin Coenraard mendakwa beliau merupakan teman lelaki wanita terbabit. Malah Gabriella dikatakan masih bersamanya ketika Hans melamar wanita itu sebulan lalu.

BACA: Hans Isaac Bakal Nikah Bekas Ratu Cantik


Dalam perkongsian itu, Robin meluahkan kekecewaanya sejurus mendapat tahu berita perkahwinan wanita itu bersama Hans semalam. Menurutnya baru sahaja beberapa hari lalu mereka meluangkan masa bersama seolah tiada apa yang berlaku. Gabriella juga dikatakan telah menipu Robin ketika kunjungannya ke Singapura tempoh hari.

Lebih menyakitkan hati lagi, berita perkahwinan Gabriella dan Hans hanya diketahuinya selepas pengumuman rasmi dibuat pasangan itu di televisyen semalam. Malah dalam posting itu juga, Robin tertanya-tanya jika Hans mengetahui kewujudannya sebagai teman lelaki Gabriella ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta sejak setahun lalu.


Apapun tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini. Kalau tidak benar pasti Hans dan Gabriella akan tampil menjelaskan keadaan sebenar bukan. (rtky/w)