Setelah sekian lama membujang, akhirnya Hans Isaac mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hati, Aileen Gabriella Robinson yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Pelancongan pada 29 Julai depan. Berita gembira tersebut telah diumumkan menerusi satu sidang media khas di sebuah hotel yang turut ditemani Gabriella.

BACA: Hans Isaac Nafi Sudah Peluk Islam, Masih Kristian


“Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella. Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu,” katanya kepada m Star Online mengenai berita perkahwinan beliau.

Untuk pegetahuan, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu di Singapura. Pengumuman ini sekaligus menjawab teka-teki status Hans yang sebelum ini sering dikaitkan dengan beberapa orang selebriti melayu seperti Neelofa dan Erra Fazira.

Apapun semoga segala perancangan majlis perkahwinan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Tahniah diucapkan kepada Hans dan pasangan, akhirnya di usia 46 tahun Hans telah bertemu jodoh. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan. (rtky/w)