fbpx

Tiga Tahun Menanti, Anzalna Nasir Hamil Anak Sulung

Tahniah diucapkan kepada Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Berita baik itu dikongsikan di laman Instagram miliknya, dimana Anzalna mengesahkan dia kini hamil empat bulan.

Dalam perkongsian tersebut, Anzalna membuat kejutan mengumumkan perkhabaran gembira itu kepada ahli keluarganya pada sambutan hari lahirnya, 9 Januari. Anzalna turut meluahkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki yang diberikan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

BACA: Dituduh Mandul, Anzalna Nasir Tak Peduli Apa Orang Kata

“Saat yang paling saya nantikan. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya dan bila masa yang sesuai untuk dikurniakan rezeki ini. Pada hari istimewa hari jadi saya, saya ingin berkongsikan kepada anda bahawa saya dan suami bakal menimang cahaya mata pertama.

“Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” tulisnya.

Bagaimanapun setakat ini Anzalna masih belum mendedahkan jantina bayi pertama mereka. Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.