fbpx

Dituduh Mandul, Anzalna Nasir Tak Peduli Apa Orang Kata

Usia perkahwinan sudah lebih dua tahun, pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa terkilan apabila menerima komen kasar dari netizen yang mempertikaikan keupayaannya untuk mendapatkan zuriat. Bagaimanapun, Anzalna memberitahu kata-kata netizen itu tidak menjatuhkan semangatnya dan beliau tidak ambil peduli dengan apa orang kata.

BACA: Anzalna Nasir Kurang Berlakon, Mahu Hamil Tahun Ini

“Saya tak peduli pun orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu.Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah.

“Go ahead nak kata apa pun, saya tak ambil berat pun orang cakap apa pun,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Anzalna berkata dia sudah berusaha namun selebihnya dia berserah pada rezeki. Ujarnya lagi, dia tidak mahu terburu-buru untuk mendapatkan zuriat memandangkan belum puas lagi menghabiskan masa bersama suami.

“Saya sudah usaha tapi Allah tentukan. No rushlah, baru dua tahun kahwin, tak cukup lagi masau untuk bersama suami. Biar puas-puas bersama, ada baby lagi best. Apapun, doa yang terbaiklah,” katanya.