Suami kepada pelakon Reen Rahim berkongsikan iaitu Hazim Zainal berkata isterinya mula mengenakan tudung selepas pulang dari menunaikan ibadah haji.
Memetik HiGlam, Hazim berkata sebagai suami sudah pasti dia mendoakan buat isterinya serta bersyukur Reen kini sudah berhijab.
BACA: Reen Rahim Rasa Meluat Asyik Keluar Berita Pasal F.L
“Hidayah milik Allah, tapi saya sebagai suami memang banyak mendoakan dia. Saya tak ada nak kongkong atau marah. Pada saya, saya hanya cakap mana yang baik atau tidak dan nasihatkan dia serta bagi input-input agama.
“Saya tak adalah cakap ‘hari ini kena pakai tudung’, dia sendiri tiba-tiba balik daripada Tanah Suci, alhamdulillah bermula daripada situ terus pakai tudung,” katanya.
Sementara itu, suami berkata perubahan tersebut membuatkan isterinya berasa janggal apabila tidak menutup aurat serta memohon mendoakan agar isterinya terus istiqamah dalam menutup aurat.
“Sekali saja Allah bagi dia rasa, bila buka tudung dia kelam kabut. Bila saya tanya kenapa, dia kata tak selesa.
“Alhamdulillah banyak doa termakbul yang Allah bagi. Insya-Allah semoga dia istiqamah. Kita sama-sama doakan dia semoga istiqamah sampai syurga,” katanya.
Dala pada itu, Reen berkata dia tidak perlu membeli pakaian baru kerana penampilannya kini sudah menutup aurat apatah lagi sebelum bertudung dia sudah mula
“Sebenarnya sebelum pakai tudung, kalau kalian perasan saya dah pakai baju dan seluar besar. Baju seksi itu saya dah bagi anak-anak buah. Jadi saya tak ada isu beli baju baru.Tinggal saya curi tudung mak saya sahaja,” katanya.
Sumber: HibGlam