fbpx

Reen Rahim Rasa Meluat Asyik Keluar Berita Pasal F.L

Perkongsian pelakon Reen Rahim menjadi perhatian apabila meluahkan rasa meluat dengan berita membabitkan seorang individu yang dilihat sering muncul di ‘timeline’ media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Reen berkata sudah berapa hari berita mengenai individu berkenaan sering muncul sehingga dia lemas untuk melihat.

BACA: Tak Pernah Bangun Sahur, Lepas Kahwin Reen Rahim Kena Siapkan Sahur

Sementara itu, Reen turut meminta pengikutnya untuk menjagar cara untuk menghalang berita tersebut terus muncul di timeline media sosialnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Dah berapa hari buka IG berita F.L naik je. Lemaslah aku tengok. Macam mana nak setting benda ni jangan naik kat wall aku eh? Tolong guys,” tulisnya.

Perkongsian Reen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan perkara sama serta kurang senang dengan perkongsian F.L itu. Tidak kurang juga, ada segelintir tertanya-tanya siapa individu F.L yang dimaksudkan oleh Reen Rahim itu.