Tiada Tajaan Hebat, Persiapan Kahwin Shukri Yahaya Siap 60%
Pernah menyatakan kesediannya untuk berkahwin awal pada Julai lalu, kini Shukri Yahaya memberitahu bahawa dia dan juga tunangnya, Tya Adnan, bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan.
BACA: Shukri Yahya Akui Sedia Untuk Kahwin Awal
“Insya-Allah, majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan menyusul selepas upacara ijab kabul. Memandangkan saya masih sibuk dengan beberapa projek drama, segala urusan saya serahkan kepada Tya dan keluarga”
“Jika ada masa, saya akan turun padang. Tidaklah sampai tak ambil tahu langsung. Setakat ini, belum terasa debaran bakal bergelar raja sehari kerana sibuk menguruskan hal lain. Mungkin apabila majlis sudah dekat, baru perasaan itu datang,” katanya kepada Harian Metro.
Selain menjelaskan bahawa persiapan perkahwinan sudah pun siap 60 peratus, Shukri turut menyatakan majlisnya itu turut mendapat tajaan tetapi tidaklah di dalam kuantiti yang besar. Malah dia juga sebenarnya sudah lama bersedia untuk bergelar suami.
“Sebenarnya saya sudah lama bersedia menamatkan zaman bujang dan menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Syukur segala urusan untuk perkahwinan dipermudahkan,” katanya. (rtky/s)
tahniah!
Tahniah..semoga bahagia hingga akhir hayat
congrats!!!
semalam aku berak…lupa cebok. satu rumah ingat aku terpijak tahi anjing. haahhaha….habis satu rumah berbau.
Tajuk TIDAK DITAJA… Statement ‘ditaja tapi x byk’ … Apakah kebengapan yg berlaku pd artis2 Malaysia yg mentaliti zero ni..
artis malaysia spesis menteri msia juga..masak nasi goreng gst jgk yg di telan sbb tu lemmmbssss
Tiada tajaan hebat,,maksudnya tajaan dia biasa biasa sajo.,bukan maksud x ad tajaan,hanez n Laila mayb buzy sgt kot x sempat nk Baca betol2.hehe…akak pahamm,xpe.hihi,akak pon kadang2 Marah anak x tentu pasal.ikot perasaan sangat #eh :p