Mengakui sudah merancang untuk berkahwin awal bersama tunangnya, Tya Adnan, pelakon Shukri Yahya juga menjelaskan kepada Mangga Online, bahawa jika semuanya berjalan lancar, mereka akan disatukan pada tahun ini juga.

BACA: Tunang Cemburukan Adegan Mesra Shukri Yahya Dalam Drama DILB


“Inikan takdir. Saya sedar ada yang kata saya buat keputusan berkahwin semasa kerjaya sedang rancak. Buat masa ini, itulah perancangannya – nak kahwin. Tapi buat masa ini saya tak mahu beriya iya cerita pasal majlis, tunggulah masanya,” katanya.

Malah dia juga menepis jangkaan bahawa apabila sudah memegang status suami, pasaran untuk dirinya akan terjejas. Selain itu, Shukri juga turut mula berbincang untuk meletakkan syarat dalam lakonannya selepas ini.

“Saya ada bincang untuk saling tidak meletakkan syarat dalam lakonan sehingga boleh menjejaskan produksi. Selama ini pun saya elak adegan atas katil yang melampau. Saya pun tahu batas. Bukan kerana mahu menjaga hati bakal isteri, sebaliknya jaga hati keluarga juga,” kata Shukri. (rtky/s)