Terkinja-Kinja Menari, Netizen Tegur Tudung Isteri Da’i Syed Makin Singkat
Baru-baru ini, perkongsian pendakwah bebas, Da’i Syed berkongsi sebuah video menari lagu Hindustan bersama isterinya Hana Ismail menjadi perhatian ramai.
Menerusi video itu, pasangan itu dilihat rancak menari mengikut rentak lagu Yeh Ladka Hai Allah di tengah bendang pada 1 Syawal lalu.
BACA: Da’i Syed Bebas Tuduhan Rogol
View this post on Instagram
Bagaimanapun, seperti sudah dijangka ada netizen yang kurang senang dengan penampilan Hana apatah lagi melihat tudung yang dipakainya tidak menutup bahagian dada.
Diruangan komen, rata-rata netizen menegur aksi isteri pendakwah itu menari dengan tudung yang singkat sehingga menampakkan bentuk badan.
Sementara itu, meskipun ada yang mengecam namun ada yang memuji pasangan tersebut dilihat comel menari dan terhibur melihat aksi romantis kedua mereka.
Dia ni ngn psgn aerel wawa terlalu try hard yer. Sibuk nk buat content terkinja2.
Serius hipokrit rakyat malaysia. N low class. Tudung je yg dia reti tegur.
Aksi gedik x tegur
Membazir wang ringgit, masa, budaya show off artis x tegur
Mekap berlebihan x tegur
misleading photo dek edit over, x tegur (patut kwen pastu cerai, rupanya x lawa)
Biadap x tegur
Baju ketat singkat x tegur
Level tegur tudung je akhlak rata2 muslim malaysia
untung dai syed dapat isteri yang boleh ikut kepala dia. sekarang ni dua-dua dah suka menari huhuhu.
die bangga bini dia pandai menari.. siap bg netizen tgk lg.. daie (pendakwah) la sgt.. haha