fbpx

Da’i Syed Bebas Tuduhan Rogol

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun empat tahun lalu.

Memetik Harian Metro, keputusan itu dibuat Hakim Rihaida Rafie selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Da’i Syed di akhir kes pendakwaan.

BACA: Da’i Syed Pasrah Jubah Solat Dipinjam Isteri Buat Cabut Rumput

Pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 September 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Syed meluahkan rasa syukur  serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan sokongan dan mendoakannya.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, berkat 19 Ramadan ini, saya diputuskan tidak bersalah. Perkara ini saya terima sebagai hadiah untuk saya sekeluarga dalam membersihkan nama dan maruah diri,” katanya.

Pada Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Da’i Syed daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.