Pelakon dan penyanyi Amira Othman menzahirkan penghargaan buat suami tercinta, Fattah Amin di atas pengorbanan sepanjang tempoh kehamilannya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Amira turut mengucapkan terima kasih buat suaminya kerana banyak mambantu termasuk ketika sedang melahirkan cahaya mata sulung mereka.
BACA: Fattah Amin Akui Gementar Timang Cahaya Mata

“Thank you suami saya tolong macam-macam selama mengandung, selama bersalin, selama berperang nyawa keluarkan Jarir,” tulisnya.
Dalam hantaran berkenaan, Amira turut menitipkan doa agar suami tercintanya itu dibalas dengan ganjaran syurga.
“Moga Allah ganjarkan syurga untuk suami saya,” katanya.
Terdahulu, Amira selamat melahirkan cahaya mata sulung, bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah pada petang Selasa lalu.