Pelakon Fattah Amin berkongsikan isterinya, Amira Othman sedang menghitung hati untuk melahirkan cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Memetik Utusan, Fattah berkata Amira kini hanya berehat di rumah bagi mematikan keadaan isteri serta anak mereka dalam keadaan baik.
BACA: Amira Othman Bakal Bersalin, Fattah Amin Tolak Kerja Jauh
“Sekarang ini memang betul-betul menanti hari. Kalau ikutkan Amira dijangka melahirkan pertengahn bulan ini atau pun hujung bulan. Kalau ikutkan Amira akan hadir ke acara ini bersama. Tetapi disebabkan kami risau dengan keadaannya yang sedang menghitung hari sekarang, dia hanya berehat di rumah,” katanya.
Sementara itu, Fattah berkata dia dan Amira sudah tahu jantina anak mereka dan segala persiapan menyambut kelahiran bayi sudah siap dilakukan.
“Alhamdulillah, semuanya sudah disediakan. Misalnya keperluan untuk bayi, barang-barang bayi dan keperluan Amira sendiri. Semuanya sudah disediakan.
“Sekarang hanya menunggu masa sahaja. Ada sebahagiannya pun sudah berada dalam kereta. Untuk kami berdua memang sudah tahu jantina bayi. Tetapi kami akan umumkan selepas bayi lahir nanti di media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah mengakui dirinya gementar meskipun sudah mempunyai pengalaman menjadi seorang bapa kerana setiap proses kehamilan dan kelahiran pastinya berbeza.
“Saya sebenarnya memang agak gementar juga sebab kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kerana setiap orang ada pengalaman yang berbeza. Jadi untuk Amira ini, saya pun tidak pasti lagi macam mana kami berdua mahu mengendalikan semua perkara ini.
“Kadang-kadang bila Amira rasa sesuatu atau ada tanda-tanda tertentu, saya terus risau dan panik. Kemudian kami akan rujuk doktor,” katanya.
Sumber: Utusan