Bekas isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim iaitu Khalizah Alihan memilih untuk terus melangkah ke hadapan serta reda dengan apa yang telah ditetapkan Allah.
Menerusi perkongsian di Threads, Khalizah berkata mungkin dia belum memahami sebalik pengakhiran rumah tangganya namun dia percaya pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
BACA: Fikry Ibrahim Sahkan Berpisah Dengan Bekas Isteri 173 Hari Lalu

“Saya memilih untuk meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang menerima apa yang sudah Allah SWT tuliskan.
“Saya mungkin belum memahami sebab di sebalik pengakhiran ini hari ini, tetapi saya percaya ada hikmah dalam setiap ketentuan,” tulisnya.
Sementara itu, Khalizah turut mengucapkan terima kasih kepada Fikry kerana pernah menjadi insan yang dicintai, suami serta sebahagian daripada hidupnya.
“Terima kasih kerana pernah menjadi insan yang saya cintai dan menjadi suami saya, serta sebahagian daripada satu lembaran kehidupan yang akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya dan tidak akan pernah dilupakan,” katanya.
Terdahulu, Fikry memaklumkan dia dan bekas isterinya sudah berpisah sejak 173 hari lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2025.