Walaupun pihak Tauke Jambu masih belum menetapkan tarikh untuk pernikahan, pelawak dan pelakon ini mengakui terkejut apabila banyak pihak tampil untuk memberikan tajaan pada majlis perkahwinannya nanti.
BACA: Tauke Jambu Jemput Bekas Isteri Ke Majlis Kahwin
“Saya sebenarnya terkejut apabila ramai pihak yang ingin menaja perkahwinan kami kerana tiada sebarang tarikh ditetapkan lagi. Bagaimanapun saya bersyukur kerana dimurahkan rezeki tetapi masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tajaan diterima,” jelasnya kepada mStar Online.
Tauke juga bakal mengadakan majlis secara besar-besaran bagi menjemput semua ahli keluarga, kenalan, rakan artis dan wakil media selain tidak mahu sesiapa berkecil hati.
Apa pun, semoga segala persiapan untuk majlis pernikahan dan majlis resepsi Tauke dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)