fbpx

Tauke Jambu Jemput Bekas Isteri Ke Majlis Kahwin

Pelawak Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 39, memberitahu, dia berhasrat mahu mengundang bekas-bekas isterinya ke majlis perkahwinannya nanti. Ini reunion bersama bekas-bekas isteri namanya.

BACA: Tauke Jambu & Nadia Selamat Bertunang

“Kami baik-baik sahaja. Mana tahu mungkin saya akan jemput bekas-bekas isteri ke majlis perkahwinan saya nanti,”jelasnya kepada portal Mangga Online. Tambahnya, sebelum ini memang dia tidak berhubung dengan bekas isteri pertama namun dia sudah berbaik-baik dengan mereka – sekaligus dia dapat berhubung anak-anaknya.

Tauke pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunya enam orang anak hasil hubungan dengan isteri pertama dan kedua. Beliau berkahwin dengan isteri ketiga pada 2012 namun hubungan itu juga tidak bertahan lama.

Pada 6 Disember lalu, Tauke mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Nadia, 26, yang merupakan kenalannya selama empat tahun dan merancang berkahwin pada Disember 2016. (rtky/s)