“Tanda Sayang Keluarga Bukan Bagi Duit Tiap Bulan, Tapi Selamatkan Dari Api Neraka”
Sebelum ini tular video mengenai pengacara dan pelawak Nabil Ahmad yang sebak dan menangis selepas mengikuti jemaah tabligh mendapat reaksi positif daripada netizen.
Malah, penampilan terbaru isterinya iaitu Zira Ayub pula meraih perhatian apabila dia dilihat mengenakan hijab dalam beberapa perkongian gambar di Instagram.
BACA: Nabil Ahmad Menangis Ketika Ikut Tabligh 3 Hari
Sementara itu, seorang bekas pelakon Azuan Mazlan turut meluahkan rasa kagum kepada pasangan tersebut yang dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama. Azuan memuji sikap Nabil yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri serta keluarga mendalami ilmu agama.
Azuan turut berkongsikan gambar yang diambil ketika pasangan itu menyertai jemaah masturat. Kata Azuan lagi, tanda suami sayangkan keluarga bukan hanya memberi nafkah tetapi membimbing untuk ke syurga.
“MasyaAllah Allahuakbar Tabarakallah. Tahniah Nabil. Sejuk mata memandang. Bukan senang ya untuk bawa keluarga amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.
“Seronok sangat bila Allah SWT pilih mereka ini, untuk buat kerja Agama Allah SWT. Semoga pengorbanan mereka dalam usaha dakwah ini, hidayah tersebar seluruh Alam. Allahumma Ameenn,” tulisnya.
Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
- SUMBER
- Ohmymedia
Boleh start countdown, berapa lama boleh tahan berlakon ni. ?
Welcome to flat world anti vaxx community ….
Kalau orang nak berubah, kita support je la.. doa la yg baik2. semoga istiqomah..
Yg elok kita soking. Niat dia tu, antara dia dgn Allah. Kita doa mereka istiqomah.
Jgn nanti ciom ketiak bini ckp hidayah pulak ye. Lebai skrg suka je kan menghalalkan yg x perlu.
Bg nafkah tu wajib, selamatkan dari api neraka pun wajib. Tau le ko baru jumpa jln. Benda ni dah lama org tau, ko jek mabuk perasan jd retis fofular…
Adab itu penting. Kalau kamu sendiri yg share gmbr atau video mcm tu, jgn nk slhkn netizen yg komen mcm2. Xkn kamu hrpkn netizen memuji? “Wahh cantik la ketiak mu, wahh wangi ketiak mu, wahh wahh bgsla aksi2 mcm ni”…Gitu ke? Aksi2 dan tindakan itu menunjukkan mentaliti kamu itu sendiri I
So dah boleh berenti mengacara majlis maksiat lagha tu semua. Ko boleh bg ceramah mcm Samsul Ghau2 atau Zul Yahya.
Bukan Nabil yg up cerita…org lain yg up pun dia kna kecam. Buat salah mmng lah mngundang…buat baik pun jd salah. Netizen mmng sakit parah dah ni. Apa salah doakan yg baik spya yg baik2 juga utk kita.
Kalu masuk jugak neraka?
Bkn amalan kita yg boleh jamin kita masuk syurga, tp rahmat Allah! Amalan tu penyebab jek utk Allah kesian dgn kita utk layak ke tidak hidup dlm syurgaNya. Kdg2 amalan yg paling kecil tp paling ikhlas tu lah yg jd sebab kita dpt masuk syurga. Ada ulamak yg dpt masuk syurga bkn sebab bnyknya anak murid yg dia ajar atau berapa bnyk kitab karangannya yg dia alkane org lain. Tp kerana tindakan ya menahan nafsu mau membunuh lalat yg mau mencari makan pd hidangannya! Kita x tau bilakah keikhlasan kita benar2 diredhai Allah. Jd selamat beramal walau pd perkara2 yg sngt kecil…
Tq to the above renungan..
Kan berubah kearah kebaikan tak usahlah kutuk…Alhamdullillah…
Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan korang yaa . InsyaAllah , semoga Allah redha dengan kebaikan yang dibuat selama ini.
moga kekal istiqomah..teruskn jdi lebih baek