Nabil Ahmad Menangis Ketika Ikut Tabligh 3 Hari
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang berkongsikan pengalamannya selepas mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari.
Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila Nabil meluahkan perasaannya sepanjang bersama kumpulan berkenaan. Nabil berkata, dia sebak kerana pada usia 37 tahun dia baru mengetahui suasana beribadah (tahajud, qiamullail dan sebagainya) seperti itu.
BACA: Isteri Nabil Ahmad Tampil Berhijab, Netizen Doakan Terus Bertudung
“Suasana ni tak pernah tengok. Tahajud haritu bangun, adik-adik mengaji abang Nabil menangis dekat tempat ambil wuduk sana sorang-sorang.
“Tak pernah tengok, tak pernah tahu ada suasana macam ni. Tak pernah tahu. Bayangkan, umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini.
Difahamkan, itu merupakan kali pertama Nabil menyertai jemaah tabligh sepanjang hidupnya. Nabil turut meluahkan rasa kesal kerana tidak berbuat demikian lebih awal.
Lebih sebak, Nabil dilihat menangis kerana pada usia tersebut dia baru mula ingin mengenal agama Islam atau tentang kisah-kisah Nabi.
“Abang Nabil ni yang baru nak ‘masuk’ Islam, baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi. Baru kenal Nabi siapa, baru nak menangis pasal Nabi. Apa Nabi buat dulu, sahabat buat dulu baru Abang Nabil tahu,” luahnya.
Nabil akui malu dengan dirinya dalam tempoh tiga hari mengikuti jemaah tabligh berkenaan. Meskipun tiga hari itu adalah tempoh singkat, dia bersyukur kerana diberi peluang mengenal Islam lebih mendalam.
“3 hari inilah, hari paling malu dalam hidup saya. Hari pertama saya datang, adik tu baca Surah Nun tu saya malu ustaz. Saya tak pernah rasa semalu ni. 3 hari yang cukup bahagia, cukup hebat untuk abang Nabil. Alhamdulillah,” katanya.
Tanda insaf, ialah x kembali ke unsur2 jahiliyah sebelum ko insaf. So, no hiburan element. No meletop. Nothing at all to do w singer, actors, actress, celebrities cap ayam, influencer tengkorak hang bagai. Can u do that? Even for the sake of konon2 cari rezeki halal.
Untuk so called ‘cari rezeki yg halal’…hmmm…. ah redah je lah.
Retis ni bole ubah³…sok lusa dia ajing kat org plak…jgn nk memuji sgt ler korang..
Pergh ketinggalan zaman tul. Sapa yg biasa jd student dok asrama pasti biasa dgn qiamulai, tahajud ramai2, mengaji sampai subuh ni. Cuma dah tua ni aku plak yg rindu dgn zmn masa study dulu2…
PKP mana?
x perlu ikut arahan kerajaan?
bagus bagus!!
tahniah sbb sumbang lg penghinaan.. create opening tuk org hentam
Asal capang?? Nko tringt kesah brcemolot tu kaaaa??
Hangkut la Senrose sekali pergi Usrah….
Korang ni hati itam betol. Bkn dia pergi isap dadah.
Bagoslah..harap sampai jd cam pencetus ummah.
Pendekatan mcm ni baru betul.mana2 kilang2 yg ada pekerja yg disyaki positif terus movement control.
Bukan ikut ckp Eurocham tu tutup sepenuhnya ekonomi.SOP PKP berjalan seiring ngan ekonomi. Pahammmm?!??