fbpx

Takziah: Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

Aktress veteran, Latifah Omar, 74 telah meinggal dunia hari ini di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 6.19 petang tadi.

Beliau telah di’masukkan ke hospital tersebut seminggu yang lalu kerana mengalami kanser usus. Beliau popular dengan filemnya ketika bersama Cathay Keris dan sering di’gandingkan dengan Nordin Ahmad.

Antara filem lakonan Latifah Omar adalah Bawang Putih Bawang Merah, Hang Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Putus Sudah Kasih Sayang. Al-fatihah.

UPDATE-1: Utusan Malaysia melaporkan yang jenazah Latifah Omar akan di’bawa pulang ke Taman Datuk Keramat dan di’kebumikan esok.