“Takkan Video Selawat Pun Nak Komen Negatif”
Membawa genre lagu berbeza dari sebelum ini, Zizi Kirana tampil dengan selawat Qomarun atau Purnama bersama kumpulan UNIC. Meskipun membawakan lagu selawat, namun Zizi tidak terlepas dengan komen negatif netizen tentang penampilannya.
Sering tampil dengan imej seksi, ada yang mengatakan penyanyi itu tidak sesuai mendendangkan lagu sedemikian. Enggan peduli dengan kata-kata netizen bagaimanapun Zizi berkata, tiada masalah untuk komen negatif tetap bukan pada video selawat itu.
BACA: Zizi Kirana Dedah Ramai Golongan Ustaz Cuba Mendekatinya
“Dari dahulu lagi saya memang jenis malas dan tidak ambil peduli komen orang. Saya tidak mahu memeningkan kepala. Nak cakap apa pun, cakaplah. Saya okay saja.
“Cuma, untuk kali ini saya perlu cakap. Takkan video selawat pun nak kena komen negatif terutama yang tak berkaitan dengan video itu. Nak komen negatif mengenai diri saya, boleh komen di hantaran lain.
“Saya mohon janganlah di video itu sebab di situ ada nama Ustaz Fakhrul dan Bazli. Sesekali kena hormat juga orang lain,” katanya.
Bagaimanapun, Zizi berterima kasih kepada UNIC terutama Ustaz Fakhrul yang banyak memberikan kata-kata semangat dan meluahkan rasa syukur ramai memberikan komen yang baik-baik.
“Selepas dilancarkan, Ustaz Fakhrul membuat ‘screen shot’ (tangkap layar) komen di YouTube dan hantar pada saya. Dia cakap, masih ramai yang memberikan komen membina dan positif.
“Alhamdulillah, setakat semalam, saya bersyukur kerana projek ini mendapat maklum balas baik. Mana tahu ini menjadi asbab (sebab) untuk sesuatu yang lebih baik dalam diri saya pula selepas ini. Terima kasih atas doa yang dititipkan,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Min. Bila nak keluar gmbr baby fatimah binti fattah amin? Penat lah tunggu.
Penunggang agama, manusia hipokrit mengambil kesempatan menjual agama
Tau malu. Bukan la nak cakap kena tutup litup macam neelopa tu baru boleh buat video selawat. Tapi extreme sangat perbezaan dia.
Mamat2 UNIC tu pon bkn nya islamik mana pun…tambah2 yg gempal tu….can isap your cock??.
zaman sekarang yang buat baik dicaci, yang dedah aurat dibela, diminta jangan judge bagai
Minta maaf. Sy cuma nk bg pndpt, antara sbb knpa org berterusan mngata, sbb zizi ni terlalu seksi. Suka tnjuk tetek. Jd bila Tba2 nynyi lagu nasyid, pki tdung. Nmpk pelik disitu sbb masih lagi seksi. Blm ttup aurat btl2. Harap lps dh nynyi mcmni. Ttup la aurat. Tak perlu berniqab, tak perlu tdung yg terlalu labuh. Cukup ttup aurat drpd pndgn mata ajnabi. InsyaAllah kita bt baik dgn hati ikhlas, Allah syg. Ramai syg.
berubah pun salah, haihhh patut bagi laa semangat dorongan. yang seksi lani korang support pulak, kata jangan judge, hidayah akan sampai bagai. bila orang nak berubah korang kecam
Betul ke berubah ni..
salah ke kalau dia selawat? tak pun kan. netizen banggang