fbpx

Zizi Kirana Dedah Ramai Golongan Ustaz Cuba Mendekatinya

Bertudung setiap kali bulan Ramadan, namun ramai kurang senang dengan tindakan Zizi Kirana yang membuka semula tudung dan kembali dengan imej seksi. Zizi menjelaskan dia bertudung bagi menghormati bulan Ramadan dan bukanlah kekal.

Mengakui belum bersedia untuk bertudung, Zizi berkata dia sentiasa berusaha berubah untuk menjadi insan lebih baik dan berdoa agar bertemu jodoh yang baik serta tidak menolak andai bertemu jodoh dengan ustaz.

BACA: Zizi Kirana Terima Mesej Budak Bawah Umur Ajak Buat Maksiat

Susulan pendedahannya itu, Zizi berkata ramai golongan ustaz mula mendekatinya. Malah, dia akui terkejut apabila menerima mesej peribadi daripada ramai lelaki mengatakan diri mereka seorang ustaz.

“Tidak dinafikan, ramai golongan ustaz mula mendekati. Saya sendiri terkejut apabila pengurus menunjukkan mesej peribadi yang dihantar ramai lelaki yang mendakwa diri mereka adalah ustaz.

“Rata-rata melahirkan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih dekat lagi, malah ada antara mereka yang sanggup menunjukkan kehebatan mengaji dan memberitahu mereka menghafal pelbagai surah sebagai bukti mereka adalah ustaz,” katanya kepada BH Online.

Katanya lagi, jika bukan ustaz pun, ada yang menghantar mesej mahu memperkenalkannya dengan kawan mereka yang juga seorang ustaz. Bagaimanapun, Zizi berkata buat masa ini dia lebih selesa memberi fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

“Apabila situasi ini berlaku, terdetik dalam hati apa yang mereka nampak dalam diri saya hingga ingin berkenalan. Selalunya golongan ustaz mencari pasangan yang menutup aurat.

“Saya tidak melayan, cuma baca sahaja. Tak balas apa-apa pun sebab tak nak menyusahkan diri. Kalau baca sambil gelak-gelak sebab lucu. Apapun saya hargai usaha dan keikhlasan mereka. Cuma, buat masa ini, saya lebih selesa untuk fokus pada kerja,” katanya.