Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai gambar memaparkan Pencetus Ummah (PU) Amin bergambar bersama dua wanita seksi dalam satu majlis.
Difahamkan, foto tersebut dimuat naik oleh salah seorang wanita yang merupakan seorang Instafamous, Nadira Isaac. Bagaimanapun, Instafamous itu tampil memohon maaf dan sudah pun memadam foto berkenaan.
BACA: Bergambar Dengan Dua Wanita Seksi, PU Amin Anggap Tak Salah
Menurut Nadira, susulan tindakannya itu dia banyak menerima kecaman dan fitnah mendakwa dia melakukan pekerjaan tidak senonoh untuk menampung hidup.
Tampil menafikan dakwaan tersebut, gadis berusia 21 tahun itu berkata sejak habis sekolah lagi dia sudah mula berniaga dan kini mempunyai produknya sendiri.
“Besar ujian saya di bulan Ramadan ni… difitnah apabila orang cakap saya jual badan.
“Sebenarnya saya mula berniaga sejak tamat sekolah hingga ada produk sendiri. Jadi dakwaan kata saya jual badan adalah tidak benar. Jangan ingat semua perempuan seksi murah untuk disentuh!” katanya kepada mStar.
Mengakui kesilapannya memuat naik gambar berkenaan, Nadira berkata dia memadam gambar tersebut bimbang beri impak negatif kepada PU Amin.
“Memang saya padam gambar tersebut kerana kesilapan saya. Saya tak mahu isu itu terus berpanjangan. Kalau saya biarkan gambar tersebut akan beri kesan tak baik untuk PU Amin.
“Insya-Allah lepas ni, saya ada perancangan kalau boleh nak jumpa PU Amin sekali lagi. Masa dia datang hari tu bagi tazkirah, Alhamdulillah ramai kawan saya suka sangat-sangat kehadiran PU Amin,” katanya.