Tak Sangka! Siapa yang Buat Warga Sekolah Gembira Ni?

Barang yang di bawah kawalan kerajaan semestinya mengambil masa yang lama untuk diperbaiki apabila mengalami kerosakkan. Tapi tak best, bila ditangguhkan dengan begitu lama, lagi-lagi bila melibatkan keperluan pelajar sekolah.

Keadaan sebuah sekolah di Segambut ini mendapat perhatian YB Segambut apabila hampir di setiap sudut sekolah berkenaan mengalami kerosakan.

Baru-baru ini, warga Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Ipoh mengukir senyuman apabila penambahbaikan fasiliti di sekolah telah diselesaikan dengan jayanya.

Hasil daripada penambahbaikan ini membawa pelbagai perubahan yang pastinya memberi keselesaan dan keselamatan yang lebih baik kepada warga sekolah termasuk pelajar.

Peruntukan sebanyak RM55,350 telah digunakan untuk menaiktaraf beberapa kemudahan utama di sekolah tersebut. Ini termasuklah:

Pembaikan Surau Cikgu

Dinding surau yang sebelum ini rosak akibat dimakan anai-anai telah diperbaiki dan diselenggara dengan sempurna. Ini sekaligus memberikan ruang yang lebih selesa untuk guru-guru menjalani ibadah dan berehat.

Pembaikan Bilik Sakit Pelajar

Jika dulunya bilik sakit pelajar dalam keadaan yang uzur namun selepas penambahbaikkan yang dijalankan, pelajar dapat menerima rawatan dengan lebih teratur,selesa dan cepat.

Pemasangan Smart TV dan Penambahbaikan Bilik Hybrid

Sebuah Smart TV telah dipasang di bilik hybrid untuk memudahkan sesi pembelajaran yang lebih interaktif dan teknologi. Peningkatan ini memberi ruang lebih moden untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Pemasangan 16 Unit CCTV Baharu

Sebagai langkah meningkatkan keselamatan, 16 unit CCTV baru telah dipasang di kawasan pekarangan sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan semua pelajar dan warga sekolah sentiasa terjamin.

Projek penambahbaikan ini adalah hasil daripada kelulusan YB Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang telah memberikan sokongan penuh terhadap usaha meningkatkan fasiliti sekolah di kawasan Segambut.

Kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan wakil rakyat ini telah memberi impak yang sangat positif kepada persekitaran sekolah, sekali gus mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di SMK (P) Jalan Ipoh.