Tak Pernah Bangun Sahur, Lepas Kahwin Reen Rahim Kena Siapkan Sahur
Pelakon Reen Rahim berkata Ramadan kali ini berbeza apabila dia perlu bangun untuk menyiapkan hidangan sahur untuk suaminya, Ahmad Nur Hazim.
Memetik Kosmo, menerusi satu perkongsian video di TikTok, Reen mengakui sepanjang hidupnya dia tidak pernah bangun untuk bersahur namun tahun ini semuanya berubah.
BACA: Reen Rahim Sanggup Tangguh Hamil Demi Lumba Kereta
“Seumur hidup saya, tak pernah pun bangun sahur. Bila dah berkahwin, saya kena siapkan sahur,” katanya.
Dalam video tersebut, Reen turut berkongsikan video sedang mengejut suaminya yang sedang nyenyak tidur untuk bangun sahur.
Perkongsian Reen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan pengalaman sama selepas mereka mendirikan rumah tangga.
“Sama! Tahu lepas sahur dengan mak abah. Paling-paling pun semuanya dah siap (sahur). Tapi tahun ini kena bangun siapkan sahur dan kejut laki (suami),” kata seorang pengguna TikTok.
“Betul. Malas betul nak bangun masak sahur. Nasib baik suami tak makan berat waktu sahur. Cukup kurma lima hingga tujuh biji dan air masak sahaja,” kata seorang lagi netizen.
Reen mendirikan rumah tangga bersama Hazim dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.
- SUMBER
- kosmo
Seumur hidup tak pernah puasa tak kot
..
Tak bangun sahur tam bermakna tak puasa
Tak bgun sahur tak bermakna tak posa
Xkn masa kecik mk ayh x ajar bgn sahur utk bpuasa..biasa dah abis sekolah atau dah keje duk sndri,ada lar malas bgn sahur..tp xde lar x pernah bsahur langsung..
X caye lngsung..sbb tgk mk ayah ko bkn main alim lg..propa lh ko