fbpx

Reen Rahim Sanggup Tangguh Hamil Demi Lumba Kereta

Pelakon Reen Rahim berkata dia sanggup menangguh perancangan memiliki cahaya amta demi menyertai program perlumbaan kereta.

Memetik Kosmo, Reen berkata dia sudah lama menyimpan hasrat menyertai perlumbaan kereta selepas melihat rakan-rakan artis menyertai acara Toyota Gazoo Racing (TGR).

BACA: Sweetnya Reen Rahim & Suami Main Tumbuk-Tumbuk, Peluk-Peluk Tepi Kolam

“Doakan tahun hadapan saya akan anak kembar terus. Nampak gempak sebab bukan senang untuk dapat berlumba di sini. Lumba betul-betul bukan main-main sampai terdetik dalam hati seronok kalau dapat sertai,” katanya.

Menurut Reen lagi, dia menerima tawaran tersebut selepas tiga hari mendirikan rumah tangga serta mengakui pada awalnya ragu-ragu untuk membuat keputusan.

“Saya sudahlah kahwin lambat, kalau sertai memang susah untuk ada anak walaupun pihak Toyota tidak keluarkan syarat.

“Tapi kalau fikir logik, memang tidaklah saya akan mengandung sebab kena berlumba sehingga bulan Oktober. Jadi, saya ketepikan keinginan dan terus tolak tawaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Reen berkata dia diberi peluang selama beberapa hari untuk berfikir sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut.

“Saya berdoa dalam hati kerana runsing sama ada tawaran ini adalah ujian atau rezeki dan ikutkan sahaja aturan Allah. Selang dua atau tiga hari, pihak mereka menghubungi saya untuk mengesahkan sama ada saya benar-benar mahu tolak tawaran.

“Saya minta masa selama dua ke tiga hari untuk berfikir dan berbincang dengan suami. Saya yakin ini rezeki yang Allah susun dan alhamdulillah tidak sangka dapat tawaran sebegini,” katanya.

Terdahulu, Reen mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin pada 24 Disember tahun lalu selepas berkenalan selama dua tahun.