“Tak Nak Vaksin Terpulang, Tapi Jangan Berlagak Tuhan”
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad memaklumkan dia dan suami, Raja Syahiran disahkan positif Covid-19. Ujarnya, disebabkan virus tersebut dia perlu merangkak pergi tandas, badan terasa seperti dipukul, sukar bernafas dan demam menggigil.
Namun perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir individu apabila berkata dia tidak dapat membayangkan keadaan orang yang tak ambil vaksin langsung dan anti vaksin.
BACA: Yakin Syahiran Jodoh Terbaik, Uyaina Arshad Dapat Petanda Melalui Mimpi
Tidak hanya berdiam diri, Uyaina berkata dia perlu bersuara berhubung perkara itu kerana komen diterimanya sudah bersifat serangan peribadi yang keterlaluan.
Uyaina turut memohon golongan anti vaksin yang tidak bersetuju dengan pendapatnya tentang pengambilan vaksin boleh unfollow akaun media sosialnya.
“Saya kerap abaikan banyak komen negatif dalam hidup saya. Hal itu satu kebahagiaan. Apabila ia sekadar serangan peribadi terhadap saya, tak apa saya boleh abaikan tapi tidak kali ini.
“Kalau apa yang saya tulis menyinggung anda, tak sehaluan dengan pemikiran anda, anda tak suka, anda nak menang, nak paksa ikut pendapat anda, ‘unfollow’ dan ‘block’ saya. Terima kasih,” katanya.
Kata Uyaina lagi, jika tidak mahu vaksin tidak mengapa tetapi jangan terlalu angkuh atau berlagak untuk bercakap tentang vaksin jika bukan golongan pakar. Menerusi Insta Story, Uyaina turut memuat naik komen netizen yang menyelar pendapatnya mengenai vaksin.
“Anda tak nak vaksin, terpulang. Tapi jangan berlagak dan berlagak Tuhan. Ilmu pun tak setara mana, jangan nak mendabik dada.
“Islam ajar kita untuk cari ikhtiar dalam apa-apa hal sekalipun. Pakar dalam setiap bidang belajar bertahun-tahun lamanya mengkaji dan menyelidik,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Ketinggalan zmn betul bdk2 RK ni citer ni dah lama kt blog gossip lain korg baru nk up
retis sendu lg x cerdik nk carik publisiti.bluekkkkkkk
retis sendu lg sejuk bekuuuuu
Kaum bani anti vax boleh ambil vaksin mulai besok di bomoh yang berdekatan dengan anda..sila bawa 2 biji limau purut dan sebiji telur
Sejak akhir2 ni aku tngk makin pulak ustad2 tiba2 jd antivaksin dan terpengaruh dgn dongeng2 teori konspirasi ni. Pd hal ustad2 ni dah tentu hafal surah al kahfi dan rajin baca tp mrk tetap jd toksid kpd msykt dgn memberi nasihat yg salah kpd netizen. First of all mrk x faham ilmu politik dunia yg mrk kutip sbg fakta dari teori konspirasi. Mrk cuma main cantum2 info2 itu dgn hadis2 akhir zaman dan tanda2 nk kiamat. Sbb level analitikal yg rendah mrk pun buat konklusi atau kesimpulan yg bercanggah dgn keyakinan iman mrk pd ilmu Qada dan Qadar adalah dlm kuasa mutlak Allah yg mrk sembah. Adakah mrk percaya kaum illuminati mampu mengalahkan takdir Allah? Apakah mrk beriman kaum illuminati akan memenangi perang akhir zaman. Rupanya majoriti ustaz2 ni adalah org yg takut mati dan cintakan kehidupan dunia sbb itu mrk terpengaruh dgn apa yg mrk anggap perancangan atau percaturan kumpulan illuminati utk menguasai akhir zaman.
Sebenarnya ramai jek “ustaz2” zaman ni bkn alim agama pun. Ilmu mrk hanya ilmu cari mkn, ada yg guna utk cari derma, ada yg nk org ramai puji dan hormati mrk sbg org alim, ada yg nk pengaruh dan kedudukkan dlm msykt dan mcm2 lg. Sbb tu ilmu mrk x jd rahmat menyelamatkan org ramai utk kembali kpd agama bahkan ilmu mrk menjadi fitnah memecah belah msykt kpd bnyk kmpln2 ekstrim yg suka mengkafir dan menerakakan org yg x terima pendapat mrk. Sbb tu umat Islam hari jauh dari rahmat Allah dan menjadi hina dipandangan manusia keseluruhannya.
uyaina, tolong ubah style tudung please. bila pakai macam tudung bawal lekat kat dahi, nampak macam makcik2 zaman 70 an pakai tudung. tak semua orang sesuai dengan gaya mcm tuh. hanya retis berwajah pan asian je yang boleh rock that style macam siti saleha ke. muka kg.com tak sesuai nokkkkk.
anti vaxx ni mmg BANGANG & BODOH SOMBONG. tak mati pun sbb mak bapak setuju vaksin kan time kecik2 dlu. dh besar ada anak bg anak2 sakit tak ada vaksin. tp melantak mcD, kfc, sosej, segala spesis mknn frozen, sardin tin, air bergas, pemalas nk bersenam, menghadap hp 24 jam. yg tu semua tak takut lak padahal dh terbukti bertahun2 benda ni tak elok. cakap tak serupa bikin, pastu ternak anak ramai jd bodoh mcm dia.
anti vaxx ni mmg BANGANG & BODOH SOMBONG. tak mati pun sbb mak bapak setuju vaksin kan time kecik2 dlu. dh besar ada anak bg anak2 sakit tak ada vaksin. tp melantak mcD, kfc, sosej, segala spesis mknn frozen, sardin tin, air bergas, pemalas nk bersenam, menghadap hp 24 jam. yg tu semua tak takut lak padahal dh terbukti bertahun2 benda ni tak elok. cakap tak serupa bikin, pastu ternak anak ramai jd bodoh mcm dia.
betul ckp uyaina..yg ni aku sokong…
Okla apa yg dia cakap ada benar….aku pun sokong