fbpx

Yakin Syahiran Jodoh Terbaik, Uyaina Arshad Dapat Petanda Melalui Mimpi

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkata dia mendapat petanda jelas Raja Syahiran adalah jodoh terbaik buatnya menerusi mimpi.

Menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Story, Uyaina berkata biarpun mimpi tersebut pendek sahaja namun cukup untuk menguatkan hatinya bahawa suaminya adalah pasangan yang tepat.

BACA: Uyaina Arshad, Raja Syahiran Selamat Bernikah

“Saya bersyukur sebab saya pernah dapat petanda dalam bentuk mimpi yang sangat jelas. Alhamdullilah. Dalam mimpi itu, Syahiran datang dan pegang cincin.

“Itu sahaja. Tiada perbualan. Pendek sahaja mimpinya. Tapi cukup. Cukup untuk beri saya kekuatan untuk melangkah ke fasa yang seterusnya,” katanya.

Ditanya bagaimana mengetahui seorang lelaki itu calon yang tepat sebagai jodoh, Uyaina berkata ianya soalan yang bagus kerana dia juga selalu tertanya perkara yang sama.

“Bagus soalan ni. Dulu, saya pun selalu tertanya solan yang sama. Saya sangat takut mengenai perkahwinan dan segala hal yang datang dengannya.

“Macam mana kita nak tahu dia adalah yang tepat? Terutama kalau sebelum-sebelum ini, kita pernah lalui beberapa kegagalan dalam hubungan. Buat sahabat wanita saya, tengok keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu,” katanya.

Terdahulu, Uyaina dan Syahiran selamat melangsungkan pernikahan pada 21 Disember lalu. Uyaina dan Raja Syahiran mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019.