Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyifatkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah sebagai wanita besi kerana sentiasa bekerja keras.

Memetik HibGlam, Saddiq berkata Bella sudah mula bekerja seawal pagi dan jadual kerja penyanyi itu lebih sibuk berbanding dirinya sebagai ahli politik.

BACA: Lepas Subang, Rantai Bella Astillah Jadi Perhatian

“Setakat ini sangat selesa bekerja dengan Bella. Saya kenal dia sebagai seorang wanita besi yang sentiasa bekerja keras.

“Seawal pagi dia sudah bekerja dan perkara itu tidak mudah. Mungkin orang lihat dan kenal dia daripada lensa media dan dunia hiburan semata-mata.Tiket konsert berdekatan

“Tapi saya lebih mengenalinya, jadual kerja saya mungkin padat dengan kerja hakiki sebagai Ahli Parlimen tetapi saya rasa dia lebih sibuk,” katanya.

Ditanya berkenaan sama ada dia menggalakkan Bella untuk terjun dalam dunia politik, Saddiq berkata ianya terpulang kepada penyanyi itu sendiri.

Bagaimanapun, Saddiq mendedahkan sebagai selebriti Bella sudah pun berkhidmat kepada masyarakat apabila diberitahu oleh penduduk kampung sendiri penyanyi itu sudah beberapa kali ke kawasan berkenaan. 

“Saya rasa Bella sudah selesa dalam dunianya. Dalam dunianya, Bella sudah berkhidmat kepada masyarakat dan melakukannya sebelum saya.

“Mungkin ramai tidak tahu sebab setiap kali saya jumpa orang kampung, mereka beritahu Bella sudah banyak kali ke kawasan itu. Jadi sama ada Bella nak masuk politik atau tidak, itu adalah hak dia,” katanya.

Sumber: HibGlam

×