Perkongsian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi perhatian apabila memuat naik video bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah.
Menerusi video itu, kedua-duanya dilihat sedondon mengenakan busana putih dan Saddiq membuat trend menjerit untuk hilangkan stres.
BACA: “Dia Dah Move On, Yang Pernah Rasa Je Tahu” – Nina Ismail Sabri Kagum Dengan Bella Astillah
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah rantai yang dipakai oleh Bella dengan loket huruf ‘S’ serta ada yang mengaitkan dengan nama Syed Saddiq.
Diruangan komen, ada yang berseloroh mengatakan cepat betul Ayden dan Ara besar serta tidak sabar menunggu hari bahagia mereka.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Bella ada memuat naik gambar serta berseloroh mengatakan namanya Sella Sastillah merujuk kepada rantai loket S itu.