fbpx

Syarul Ridzwan Nafi Punyai Hubungan Dengan Mana Mana Wanita

Ketika ini, nama Syarul Ridzwan menjadi perhatian apabila didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama Mira Filzah dan sebelum ini, bersama Mia Ahmad. Tidak mahu peminat berteka-teki, Syarul menyatakan pendiriannya.

BACA: Balik Umrah, Syarul Ridzwan Elak Adegan Mesra

“Saya harap penjelasan ini dapat memperbetulkan banyak gosip yang tidak benar. Saya tidak pernah mendedahkan bercinta dengan Mia atau mana-mana jua wanita sebelum ini. Saya berkawan baik dengan Mia sejak kami sama-sama berlakon drama Hati Perempuan”

“Dengan Mira juga saya berkawan. Jadi, macam mana boleh timbul gosip kononnya hubungan cinta dengan Mia putus disebabkan Mira? Apa yang saya nampak, ada pihak yang cuba memutarbelitkan keadaan dan mereka cerita yang tidak benar”

“Bagi saya ada pihak cuba mencetuskan pergaduhan antara dua wanita bertudung yang baik. Saya masuk dunia lakonan sebab ingin menjual bakat dan mencari rezeki, bukannya mahu membabitkan diri dalam banyak gosip atau publisiti murahan sebegini,” katanya kepada Mangga Online.

Selain itu, Syarul juga memberitahu bahawa ketika ini dia tidak terikat hubungan cinta dengan mana-mana wanita dan hanya akan mengumumkan wanita istimewa di hatinya apabila sudah tiba hari akad nikah nanti. (rtky/s)