fbpx

“Syarikat Saya Patuh Undang-Undang, Syariah” – Suami Heliza

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila nama usahawan Mahadi Badrul Zaman tersenarai dalam amaran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan tular di media sosial.

Menerusi satu kenyataan, suami kepada aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi mengakui terkejut mengenai perkara itu dan memaklumkan mengadakan pertemuan bersama pihak SC semalam.

BACA: Suami Heliza Helmi Akan Keluarkan Kenyataan Dalam Masa Terdekat

“Pada pertemuan tersebut, saya menyatakan kebimbangan dan menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi serta berpegang kepada undang-undang dan etika perniagaan.

“Ingin saya tegaskan, syarikat yang saya wakili mematuhi setiap undang-undang dan prinsip syariah yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Mahadi berkata dia bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak SC dan pihaknya dinasihatkan mengemukakan permohonan secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Sebagai maklum balas di atas permintaan itu, saya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak SC serta akan membuat pengesahan sekiranya terdapat sebarang keraguan sehingga membuatkan nama saya dalam senarai amaran pelaburan.

“Saya memahami sebab khusus di atas tindakan berkenaan di mana mungkin wujud salah faham tentang kerjasama saya dengan syarikat yang tidak disenaraikan seperti dalam kenyataan SC.

“Selepas mendapat garis panduan daripada pegawai SC, saya seterunya mengarahkan wakil peguam menghantar surat permohonan kepada SC bagi mendapatkan maklumat yang menyeluruh untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Mahadi turut memberi jaminan bahawa setiap perniagaan yang dijalankannya tidak melanggar undang-undang dan akan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut.