fbpx

Suami Heliza Helmi Akan Keluarkan Kenyataan Dalam Masa Terdekat

Suami kepada penyanyi dan aktivitis kemanusiaan, Heliza Helmi iaitu Mahadi Badrul Zaman berkata dia akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat susulan namanya tersenarai dalam amaran pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dalam sebuah kenyataan, Mahadi bersama peguam mengadakan pertemuan bersama SC hari ini dan aka menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

BACA: Suami Heliza Helmi Terkejut Nama Dalam Senarai Suruhanjaya Sekuriti

Menurut Mahadi lagi, dia tidak tahu mengenai perkara itu dan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak berkenaan.

“Pertama sekali saya tidak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada.

“Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ini?

“Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram,” katanya.

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila nama usahawan itu didakwa tersenari dalam amaran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan tular di media sosial.