fbpx

Suami Tak Sengaja Rakam Video Yuna Tak Pakai Tudung?

Kini berjaya menempa nama di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna Zarai antara selebriti berhijab yang menjadi idola ramai ramai. Namun baru-baru ini, satu video memperlihatkan Yuna tidak bertudung yang dimuat naik oleh suaminya, Adam Sinclair tersebar di media sosial.

Video yang dimuat naik menerusi Insta Stories itu menunjukkan Adam sedang marakam video bapanya yang sedang membuat sebuah lukisan abstrak, namun seperti tidak disengajakan turut memperlihatkan Yuna yang mengenakan topi tanpa memakai tudung.

BACA: Elak Makin Gelap, Yuna Pernah Elak Matahari

Namun cara pemakaian tudung Yuna sudah lama diperkatakan. Sebelum ini penampilan Yuna sering dikritik sehingga Yuna bertindak ‘sekolahkan’ seorang remaja yang menegur caranya berpakaian dan komen tersebut menjadi bualan ramai.

Yuna memilih untuk menegur remaja tersebut pada foto yang memaparkan gambar remaja tersebut bersama dua rakannya, seorang daripada rakan remaja itu dilihat tidak mengenakan tudung dan seorang lagi berlengan pendek.

Menerusi komennya, Yuna mempersoalkan budi bahasa remaja itu yang menggunakan panggilan ‘kamu’ merujuk kepada penyanyi tersebut.

Walaupun sering menggayakan gaya tudung sehingga menampakkan dada dan leher, netizen janganlah terus menghentam. Mungkin Yuna sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya.