fbpx

Elak Makin Gelap, Yuna Pernah Elak Matahari

Ketaksuban segelintir masyarakat Malaysia yang menginginkan kulit putih tidak dinafikan memberik tekanan kepada mereka yang berkulit gelap. Malah perkara tersebut turut dialami sendiri oleh Yuna ketika di awal pembabitannya di dalam industri seni. Namun kini segalanya berubah.

BACA: Yuna Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Sewaktu di awal kerjaya saya di dalam industri hiburan, ketika saya terlibat dalam penggambaran untuk majalah ramai yang kata saya tak cukup cerah untuk menjadi artis. Saya akui percaya dengan perkara tersebut sampai saya sanggup elakkan diri terkena cahaya matahari terlalu lama supaya kulit tak bertambah gelap,” jelas Yuna di Instagram.

Perkara tersebut ternyata membuatkan peminatnya memberi sokongan di samping membawa mesej bahawa untuk berjaya, warna kulit tidaklah penting untuk mencapai kejayaan dan perlu percaya kepada diri sendiri.

“Saya berbangga dengan kulit sawo matang saya dan saya berharap wanita di sana turut berbangga dengan warna kulit anda kerana setiap tona kulit adalah satu kecantikan,” katanya lagi.

Mentaliti terlalu ingin menjadi cerah dan putih ini jugalah yang membuatkan kosmetik pemutih wajah semakin laku di pasaran. Muka putih tapi hati hitam pun tidak berguna juga’bukan? (rtky/s)