Patutlah saluran televisyen E! News Asia memilih hujung minggu ini untuk menyiarkan program khas menampilkan Lisa Surihani, rupa rupanya selari dengan minggu ulangtahun kelahiran selebriti popular itu. Minggu kelahiran? Heh.

BACA: Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia


Untuk meraikan ulangtahun kelahiran Lisa Surihani yang ke 28, suaminya Yusry KRU telah menganjurkan sebuah majlis sambutan secara sederhana yang dipercayai diadakan di kediaman pasangan ini yang turut dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan artis.

“Happy birthday isteriku. Wishing you all the joy, happiness and love you can handle. Thank you for being so wonderful, I love you with all my heart,” tulis Yusry KRU dalam salah satu kemaskini terbaru beliau melalui akaun Instagram.

Walaupun Lisa Surihani mahu pun Yusry KRU tidak memuat naik sebarang gambar dari majlis sambutan tersebut, beberapa orang artis yang hadir seperti Scha al-Yahya, Nur Fazura dan Liyana Jasmay sempat berkongsikan detik istimewa itu bersama peminat.

Berikut beberapa keping gambar sekitar sambutan ulangtahun kelahiran ke 28 Lisa Surihani. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik baik. Enjoice!