Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia
Meskipun Lisa Surihani yang juga isteri kepada pengarah dan pelakon Yusry KRU ini sedia dikenali ramai, namun ada beberapa perkara yang peminat tidak pernah tahu mengenai siapa sebenarnya heroin filem Istanbul Aku Datang ini.
Bagaimanapun, pendedahan tersebut bakal dibuat oleh beberapa individu yang paling rapat dan penting dalam hidupnya seperti suaminya sendiri iaitu Yusry, ibunya serta sahabat baiknya.
Menariknya, rahsia Lisa Surihani bakal dibongkarkan secara eksklusif menerusi program E! News Asia Special dan bakal ditayangkan pada 30 Mac ini di Astro Channel 712, jam 10.00 malam.
Lisa Surihani yang ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media program tersebut semalam, Lisa berkata dia berasa bertuah dan tidak menyangka kerana terpilih sebagai selebriti Malaysia pertama untuk muncul dalam program E! News.
“Ketika pihak E! News menyuarakan hasrat yang mereka mahu membuat sebuah program khas tentang diri saya, saya terkejut. Rasa macam tak percaya dan tak sangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia. Tapi saya sangat menghargainya dan anggap ia satu penghormatan buat diri saya,” kata Lisa Surihani pada sidang media E! News Asia Special di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.
Dalam pada itu Lisa berkata, meskipun dirinya sudah dikenali ramai namun adakalanya dia terlupa bahwa dirinya seorang selebriti.
“Sejujurnya kadang-kadang saya terlupa yang saya seorang selebriti. Sebagai contoh, kalau saya sedang berjalan di pusat membeli-belah, kemudian jika ada orang yang menghampiri saya dan mahu mengambil gambar bersama, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah mereka ini saudara mara saya di sebelah siapa? Sebelah ibu atau ayah saya? Bila lama sikit baru saya sedar yang mereka ini peminat,” katanya sambil tersenyum.
Justeru Lisa Surihani juga berkata dia teruja untuk mendengar pendedahan juga perspektif orang sekeliling mengenai dirinya yang dia sendiri tidak pernah tahu.
“Saya teruja nak dengar apa kata orang-orang yang dekat dan penting dalam hidup saya ini mengenai saya. Sebenarnya saya ada juga cuba memujuk suami, bertanya pada dia apa soalan yang di tanya E! News kepadanya tentang saya. Tapi suami saya tidak mahu memberitahu sebaliknya dia berkata, nanti tengoklah”, kata Lisa lagi.
E! News Asia Special sebelum ini pernah menampilkan beberapa artis popular Asia seperti Aaron Aziz daripada Singapura, Jay Park (Korea Selatan) dan Anne Curtis (Filipina). (rtky/fr)
sejak jadi bini orang kaya..makin sexy si lisa nie
dulu masa mula dikenali.orang nye simple and baju pon sopan2 je walaupon xpakai tudung tp xde dedah2 nie..skrg bile dh glamour jadi bini org kaya semua tertukar..
hurmmmm….
1 je yg aku x suka dia ni mnunjuk sgt husband dia yg knon handsome & kaya tu..
Love she…..in what ever she…
Kayu. Nyanyuk . Masuk bakul angkat sendiri. Konon terlupa dia celebriti. Nak cover peminat kata sombong lettew. Kawen ngan laki tua, ngko sekali nyanyuk
WOI BULAT KO APAHAL?SUKA HATI DIA LAH ,,,,LAGIPUN KALAU DIA TERLUPA YG DIA SELEBRITI TU BERMAKSUD DIA SGT HUMBLE LAH NGOK ..WOI YUSRI TU TAK LAH SETUA MBAH MU..HANDSOME DARI ATUK MU..KO NI MENTAL LAH ..G CHECK OTAK LAH
Lisa mmg comei…suka sgtttt tgok lisa cam nk cubit2 jer pipi dia….suami2 pasti sgt bahagia dpt isteri cam lisa…riang,lincah,manja,sopan,hormat org,comei dan cantik…untung yusri dpt lisa,yusri pon skrg npk lebih gembira n bahagia…. :)
2 comment teratas tuh very the useless person! So far atleast aku tk nampak pon celah mana yang terdedah2 nya Lisa ni pakai.. And another more, she’s very humble person.. If you dont know her indeed, tk perlu lah nak berkata pasal dia.. Mind your words. Yusry memang handsome, baik, kaya and perfect.. Suits for her :)
kaki lisa x cantik.. esp tang betis.. mcm batang pisang!
Hmmm dasar bulat..nak ngutuk org jer tau nye cm la diri 2 perfect sgt….l
nth2 lagi trol;;bla la ko…ngutuk org je lebih..cm bgos sgt!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Lisa paling cool. 2 komen teratas hampeh.dengki la tew
Al FAID BARAKAH SERVICES PUCHONG PRIMA ( KIOSK MYEG )
PERBAHARUI ROADTAX & INSURANS KENDERAAN ANDA
http://roadtaxmyeg4u.blogspot.com
Ok jer lisa,, sape yg kutuk tu dengki lettew,,,! Hehe…
Cume hrp lisa akan pakai tudung, mcm tu jgk dgn emma maembong.,