fbpx

Suami Hadiahkan Anzalna Nasir Kereta Mewah RM600,000

Untungnya Anzalna Nasir apabila suaminya, Hanif Zaki menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Maserati Ghibli yang berharga lebih RM600,000 bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3.

Hanif memuat naik foto kejutan di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen romantis untuk isteri kesayangannya itu. Foto tersebut menarik perhatian ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan itu dan semoga terus dimurahkan rezeki.

BACA: “Tak Mahu Kongsi Tips, Faham Perasaan Wanita Belum Hamil”

Anzalna turut meninggalkan komen di foto tersebut dengan mengatakan itu adalah kereta idamannya dan dia bersama lelaki idamannya.

Diruangan komen netizen turut mengatakan kereta tersebut mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.