fbpx

Nabila Huda Janji Tidak Akan Demand Harga Tinggi

Merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM 28) baru-baru ini bukanlah alasan bagi Nabila Huda untuk menaikkan bayarannya terdahulu sebagai seorang pelakon. Malah bagi Nabila, beliau percaya kepada susunan skrip yang berkualiti berbanding kadar bayaran tinggi yang ditawarkan kepadanya untuk melakonkan sesebuah filem.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

BACA: Berkat Doa Bapa, Nabila Huda Menang Anugerah

“Tidak naik. Saya tak memandang pada kewangan untuk menjadi seorang yang kaya. Saya percaya pada skrip yang bagus sahaja. Walaupun mereka layan saya teruk, saya tak kisah kerana penerbit tahu apa kadar saya. Saya tak perlu beritahu mereka berapa mereka perlu bayar saya. Saya tahu kebolehan saya sebagai pelakon dari awal sehinggalah ke hari ini”

“Saya tidak jangka langsung menang kerana saya menjangkakan pemenangnya Maya Karin sebab dia tercalon untuk dua filem. Calon yang lain pun agak bagus dan mereka berpengalaman dalam filem. Saya walaupun sudah lama dalam industri tetapi saya tidak banyak berlakon filem,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan kejayaang yang dirangkul baru-baru ini.

Anak penyanyi rock, Amy Search itu dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik menerusi filem seram arahan Syamsul Yusof, yang juga merangkul anugerah pengarah dan penyunting terbaik FFM. Tidak menjangkakan kemenangan itu, Nabila memberitahu watak Maria memang sukar dibawa namun beliau berusaha dengan gigih untuk mencapai kualiti yang diinginkan. (rkty/w)