Siti Nurhaliza Rangkul Vokal Terbaik AIM Buat Kali Ke-12
Keputusan penyanyi popular ini untuk kembali tercalon dalam persaingan Anugerah Indusrti Muzik (AIM) ke 21 baru baru ini membuahkan hasil selepas daripada lapan pencalonan yang diterimanya Dato’ Siti Nurhaliza pulang dengan tiga trofi menerusi album Fragmen & Konsert Lantera Timur.
GALERI: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke 21
Siti Nurhaliza berjaya pulang dengan trofi Album Terbaik (Fragmen), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita dan Rakaman Album Terbaik (Konsert Lentera Timur).
“Album Fragmen ini adalah inspirasi dari suami saya. Apa yang jadi pada beliau memberi inspirasi pada saya untuk menghasilkan album ini. Album ini menceritakan kesedihan, kegembiran dan apa yang saya rasa, saya kongsikan dalam album ini,” katanya ketika menerima trofi.
Dalam perkembangan sama Sona One mencipta sejarah tersendiri dalam penganjuran AIM apabila berjaya merangkul anugerah Lagu Terbaik menerusi ‘No More’ yang merupakan lagu berbahasa Inggeris pertama yang berjaya merangkul gelaran tersebut.
Lagu sama turut membawa pulang gelaran Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
“Saya mahu orang ramai sedar yang ianya bukan soal bahasa namun kualiti lagu itu sendiri,” kata Sona One mengulas kemenangan beliau.
Akim Ahmad yang gagal ke Anugerah Juara Lagu berjaya merangkul anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki menerusi lagunya Mewangi. (rtky/m)
Lagu Terbaik – No More (SonaOne)
Album Terbaik – Fragmen (Siti Nurhaliza)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Siti Nurhaliza (Lebih Indah)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Akim Ahmad (Mewangi)
Lagu Pop Terbaik – Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
Lagu Rock Terbaik – Rentak Laguku (Bunkface ft. Amy Search)
Lagu Hip Hop Terbaik – Apa Khabar (Joe Flizzow ft. SonaOne)
Video Muzik Terbaik – Yuna (Falling)
Artis Baru Terbaik – Poova
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Nora bersama Mosyi, Alif & Putri (Selamanya Bahagia)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Azhael (Hujung Waktu)
Lagu Pop Etnik Terbaik – Akar Kita Zapin
Lagu Nasyid Terbaik – Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – No More
Artis Baru Terbaik – Poova
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Salahkah (Hafiz Suip & Rossa)
Kulit Album Terbaik – #1 (Stacy)
Rakaman Album Terbaik – Konsert Lentera Timur (Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Mahligai Kayangan (Salamiah Hassan)
Anugerah Seri Wirama – Datuk Ramli Sarip
Asek2 makcik ni je, bagi peluang lah kat org lain. Ni mesti main bomoh nak suroh menang…
Pihak juri yg tentukan… Dan mereka dah pilih yg terbaik… X prlu fitnah n tuduh menuduh…
astagfirullah … anon..
dah dapat satu dosa percuma kat ko . menuduh sembarono. kalau tak tahu hujung pangkal.
mohon taubat. kalau tidak. kesian ko kena cari dato siti minta maaf masa di padang mashyar.
nauzubillah
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara “Salahkah” (Hafiz Suip & Rossa) x patut menang sebab Hafiz org Malaysia
Pemenang Vokal Terbaik Lelaki buat persembahan di pentas AIM dengan suara tenggelam timbul. Langsung nyanyi sumbang. Camna lah Akim ni boleh menang Vokal Terbaik. Patut pun tak layak masuk final Juara Lagu 29…nyanyian live hancur…tak semerdu dalam rakaman lagu.
kpda Siti Jarum …. vokal terbaik tu bukan dinilai melalui persembahan akim kat Aim tu …. kalau kau nyanyi aku rasa lagi tenggelam lagu tu .. sekurang kurangnya dia menang.. kau?
x heranlah, si siti ni pakai susuk buluh perindu.. nan hadoo???
Ada jugak yg “kesah” dan sentap dgn komen i kat atas. Tapi i tetap berpendapat, suara Akim cuma sedap dlm “rakaman” tapi bila nyanyi live… sumbang dan hancusss….realiti industri hiburan Msia skrg ni.
P/s : Hazama lebih bagus drp Akim bila nyanyi live mahupun rakaman.
suara lady gaga pon bukannya sedap tp menang jugak bnyk anugerah.. sikap org malaysia, xpandang bakat cuma dengar suara sedap je .. itu kan rezeki akim.. kenapalah nak pertikaikan?
sundal lorong………..mmg betol pun, dia ni pakai susuk buluh perindu sb masa aku teman kwn berubat kat dulu (sepuloh thn dulu), ustaz yg kat pusat perubatan tu kata siti mmg ade pakai buluh perindu. Ustaz tu kata siti pernah gih jumpe dia utk kekalkan populariti. Walllahualam… Tapi ape2 pun dah2lah, bagi peluang kat org lain pulak. Frankly dari dulu aku tak pernah suka dia ni. Skrg lagi lah menyampah, asek2 dia mcm takde org lain. Bersara je & gih duk dlm gua…
siti nurhaliza kentut x?
Dah nama award…persembahan vokal terbaik di dalam lagu..bukannya persembaha vokal terbaik atas pentas…
Sah2 bahasa melayu fail masa sekolah ni..ahakz
kepada anon…awak xrasa ke apa yg awak ckp ni boleh buat org sakit hati..sebelum nak sampaikan sesuatu fikir dulu jangan main ikut sedapn mulut..kalau awak menyampah kt dato siti mungkin ada lg ramai yg menyampah kt awak..
geramnya tengok siti yang comel ni heheh – kedaionlinemy.com
Dia memang layak tapi suara dah tak power semakin tua ni..
Cuba dengar dia nyanyi live jerat percintaan dulu2.. Meremang bulu roma sedap sungguh.. Sebijik dlm album :)
hazama ngan akim vokal same je suare pon same cume hazama dah macam serak basah sebab faktor umor kot