fbpx

Sindir Perdana Menteri, Fathia Latiff Dikecam

Kejadian banjir teruk yang melanda negeri Pulau Pinang baru-baru ini sememangnya mendapat perhatian warga laman sosial yang lain. Dalam masa yang sama, pelakon wanita Fathia Latiff turut terkesan menyatakan pandangannya melalui tweet yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BACA: Fathia Latiff Mengaku Dirinya Dalam Video

Perkara tersebut dalam masa yang sama pastinya menimbulkan reaksi berbaur di kalangan warga laman netizen yang lain lebih-lebih lagi apabila tweet tersebut melibatkan Perdana Menteri sendiri.

Selain turut dikecam kerana cuba meraih perhatian, Fathia dilihat tenang menjawab segala tohmahan. Betul-betul kuat nampaknya Fathia berhadapan situasi tersebut selepas isu video kotroversi baru-baru ini.

Apa pun yang dilakukan pelakon ini, harapnya Fathia bijak mengawal situasi dan tidak mengulangi perkara yang mampu membuatkan namanya kembali tercalar. (rtky/s)