Ekoran laporan Sinar Harian yang emnyebut Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mendakwa Aaron Aziz tidak berdaftar sebagai ahli mereka, ini maklumbalas terus dari selebriti ini.

Melalui akaun Instagram beliau, Aaron Aziz mengirimkan gambar sekeping resit pembayaran selepas mendaftar sebagai ahli persatuan tersebut yang di’lakukan pada 14 April 2013 yang lalu.


Bersama gambar tersebut, Aaron Aziz turut mempertikai tindakan FDAM yang mengeluarkan kenyataan tanpa menyelidik terlebih dahulu selain mempersoalkan bayaran sebanyak RM1500 tersebut.

“Bila nak buat statement sila check dulu. Nak mengarah kena ada permit ke? Sedangkan KDN bagitahu saya yang sebagai Penduduk Tetap (PR) di Malaysia saya dapat benefit yang sama dan boleh kerja apa apa pun”

“Dan saya akan rujuk kenapa saya perlu bayar sebanyak RM1500 kalau saya boleh dianggap BUKAN perkerja asing,” tulis Aaron Aziz.

BACA: Aaron Aziz Perlu Patuhi Peraturan Jadi Pengarah – FDAM

#01 Aaron Aziz Bidas Dakwaan FDAM - ROTIKAYA