fbpx

Sharnaaz Ahmad hari ini mengakui yang beliau memang mengawal pergerakan Shila Amzah kerana penyanyi itu merupakan bakal isteri beliau & serius dengan hubungan mereka ketika ini.

“Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan”

“Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya,” Sharnaaz Ahmad yang di’temui media di tayangan perdana filem Juvana.

Memegang watak Lan Todak dalam filem yang akan ke pawagam pada 24 Januari nanti, Sharnaaz Ahmad berkata beliau tidak lagi mahu berbicara mengenai cinta sebaliknya fokus kepada rancangan untuk berkahwin dengan kekasih beliau.

Jika sampai begitu sayangnya Sharnaaz Ahmad terhadap Shila Amzah, memang patut pun pasangan ini kahwin cepat cepat — biar ‘kongkongan’ ini lebih bertempat sifatnya. Heh.