Pembantu peribadi kepada Bella Astillah iaitu Niel Rafeq, tampil menjelaskan isu membabitkan penyanyi itu bersama pelakon Sophia Albarakbah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 malam tadi.

Menerusi perkongsian di Insta Story, penjelasan tersebut sekaligus menjawab dakwaan Bella kelihatan tidak selesa ketika menyampaikan anugerah di atas pentas.

BACA: “Demi Rating Sanggup Exploit Bella, Tak Profesional” – Anugerah Melodi Dikritik

Menurut Neil, itu bukan cara Bella sampaikan anugerah sebaliknya penyanyi itu dilihat seperti sedemikian dan menggigil disebabkan trauma dan sejarah yang berlaku.

“Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia. Dia gigil sebab dia trauma.

“Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga harini. Sebab Bella selalu pesan pada kami yang penting Allah tahu.  Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar,” tulisnya.

×